Institut Ta'dib dan Himpunan Kelimuan Muslim (HAKIM) dengan usahasama Pusat Pengajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban Raja Zarith Sofiah dan Akademi Jawi Malaysia (AJM) akan menganjurkan Siri Wacana Pandangan 'Alam Islam, WISE 2022. Program ini adalah program pengenalan kepada gagasan Pandangan 'Alam Islam sepertimana yang dijelaskan dan dihuraikan oleh Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam karya-karya agungnya: Risalah Untuk Kaum Muslimin, Islam and Secularism dan Prolegomena to the Metaphysics of Islam.

Program WISE telah memasuki tahun ke-12 penganjurannya dan dengan jayanya telah melahirkan graduan dari golongan pelajar, pensharah dan professional. Hasil pengajian WISE sebelum ini telah dimanfaatkan oleh para peserta yang berasal dari Malaysia, Singapura, Indonesia, serta wilayah dan khalayak yang berbahasa Melayu. Setelah dua tahun berturut-turut, program ini berjalan secara dalam talian bagi mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tahun ini WISE akan berjalan secara fizikal bersemuka dan dalam format yang baharu.

Sebelum ini, WISE dijalankan dalam format sharahan dan tutorial pada hujung minggu selama 16 minggu. Kali ini, WISE 2022 akan berjalan secara intensif selama tujuh hari bermula 18 September 2022 hingga 24 September 2022. Bukan itu sahaja, WISE kali ini akan berlangsung di satu lokasi yang amat istimewa dengan suasana yang kondusif dan menyegarkan berhampiran Putrajaya.

WISE 2022 menghidangkan 8 modul dalam bentuk sharahan dan perbincangan berkumpulan seperti berikut:

1) Pandangan ‘Alam Islam: Tinjauan Ringkas,
2) Masalah Luaran Kaum Muslimindan Ancaman Sekularisasi,
3) Masalah Dalaman Kaum Muslimin: Kekeliruan Ilmu, Kehilangan Adab dan Pemimpin Palsu,
4) Ma’na Agama dan Faham Wahyu,
5) Ilmu: Faham dan Pembudayaannya,
6) Alam Semesta sebagai Ayat-ayat Allah,
7) Hakikat Insan dan Kebahagiaan, dan
8) Ta’dib sebagai Faham Pendidikan Islām.

Selain itu, diskusi berfokus juga diadakan untuk membantu para peserta memahami perbahasan dengan lebih mendalam. Para peserta akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil dengan bimbingan tutor yang dilantik. Walaupun format WISE kali ini adalah intensif, terdapat ruang masa khas diperuntukkan untuk bacaan secara kendiri serta akses kepada bahan-bahan bacaan dan rujukan di mana peserta bebas untuk berada di mana-mana lokasi sekitar tempat program berlangsung.

Terdapat 2 pakej yang ditawarkan bagi WISE 2022, iaitu pakej fizikal dan dalam talian. Diskaun khas untuk pelajar & alumni. Klik butang di bawah untuk mendaftar.

WISE 2022 (Fizikal)

WISE 2022 (dalam talian)

Dalam usaha Institut Ta'dib untuk berkembang sebagai institusi pendidikan dan penyelidikan yang mandiri, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan daripada mana-mana badan dan individu membantu kami untuk terus dapat menganjurkan dan memperkembangkan lagi program-program berimpak tinggi yang amat diperlukan masyarakat. Untuk itu, kami membuka peluang untuk menaja peserta khususnya pelajar yang berminat dan layak untuk mengikuti program ini namun terhalang oleh faktor kewangan.

Para penaja boleh memilih untuk menaja pelajar WISE 2022 (menampung perbelanjaan penginapan, makanan, bahan bacaan, lawatan sepanjang program berlangsung) atau menaja Ta'dib Institute untuk membantu Institut Ta'dib menganjurkan lebih banyak program seperti ini. Klik butang dibawah untuk menaja.

Daftar segera!
Tempat terhad.

Sebarang persoalan, boleh terus emel ke institute@tadib.org atau hubungi kami di talian 019-6454250 (Admin). Terima kasih.

0 Cart
0 Add all flipped products to cart Flipped