" Ruba'iyat yang di-persembahkan pada para pembacha kebanyakan-nya bukan terjemahan, akan tetapi chiptaan saya dalam bahasa Melayu. Dalam-nya semua hanya ada beberapa terjemahan saya yang di-pileh dengan chara sa-pintas lalu dari beberapa Ruba'iyat Al-Khayyam dan Jami; masing-masing dari terjemahan FitzGerald, Whinefield dan Qazvini. "
Pertama kali diterbitkan pada tahun 1959, kini karya ini diterbitkan semula namun masih mengekalkan gaya huruf dan ejaan asal agar pembaca zaman ini dapat alami keasyikan yang sama seperti mana pembaca di kala tahun 1959.
Ini adalah himpunan puisi dalam bentuk ruba'i yang mengandungi buah fikiran perihal agama dan falsafah dihiasi dengan erti jasmani, rohani dan kadangkalanya kedua sifat jasmani-rohani. Menerusi rubaiyat ini, pengarang meresapi buah fikiran ahli fikir dan pujangga Islam dari zaman Zul-Nun al-Misri hingga Allama Muhammad Iqbal dan kemudian digubah asli dalam Bahasa Melayu, bukan semata terjemahan; menjadikan karya ini inti kekayaan dalam persuratan Melayu.
WujudNya ghaib dalam nadi Makhluk jelata,
S'umpama raksa mengalir menyangkal upaya,
Membina s'gala bentuk dari 'alif' hingga 'ya' --
Tapi semua 'ubah binasa, melainkan Dia.