Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan Alam pertama kali diterbit pada tahun 2007. Juga digelar sebagai "Islam and The Philosophy of Science" dalam Bahasa Melayu, salah satu monograf dalam himpunan Prolegomena to The Metaphysics of Islam; kerana kandungan awalnya khusus membahaskan pati falsafah-falsafah moden yang mengambil peranan pentafsir sains masani. Faham mengenai Ilmu, Adab, Bahasa dan stilah kuncinya, akhlak, perubahan, pembangunan dan kemajuan dibahaskan dengan begitu mendasar bagi mendepani cabaran falsafah moden.