Upcoming Programs
Kursus Kepimpinan Adabi
Ringkasan Kursus :
Kursus ini dilaksanakan dengan melihat kepada keperluan untuk mensharahkan dan memperluaskan kerangka pemikiran Syed Muhammad Naquib Al-Attas dalam mengembalikan makna diri, menyempurnakan akal-budi, dan menyerap adab di kalangan pemimpin Muslimin. Kecemerlangan seorang pemimpin merujuk kepada pencapaian ilmu yang benar dan keperibadian yang unggul bertunjangkan Pandangan Alam Islam. Pandangan alam Islam adalah suatu pandangan alam yang berakar-umbikan al-Tawḥīd dan sejajar dengan matlamat untuk membentuk adab dan akhlak dalam kalangan pemimpin.
Kaedah Kursus :
1. Kursus ini mempunyai beberapa fasa yang akan bersambung dalam tempoh masa panjang. Setiap fasa akan meliputi dua modul dan setiap modul akan meliputi tiga tajuk utama yang berkaitan dengan modul masing-masing. Setiap fasa kursus akan dilaksanakan setiap dua minggu yang meliputi jangkamasa 3 bulan.
2. Kursus ini akan dilaksanakan secara bersiri meliputi sharahan dan perbincangan dalam kumpulan bersama pensharah dengan pemahaman dan pengamalan hujah-hujah mantiqi, serta diperhalusi dengan analisis teks dan kajian kes. Ia diharapkan memberi kesan yang baik dan mendalam dari segi pemikiran dan pembentukan akhlak dalam kalangan diri perseorangan dan masharakat, sebagai seorang pemimpin dalam pelbagai sudut.

KURSUS KEPIMPINAN ADABI: Mengembalikan Makna Diri, Akal-Budi, dan Adab dalam Kepimpinan - Fasa Pertama
Ta’dib International Foundation (TIF) dengan kerjasama Circle of Ta’dib and Adab (CITA) akan menganjurkan sebuah kursus jangka panjang: Kepimpinan Adabi: Mengembalikan Makna Diri, Akal-Budi, dan Adab dalam Kepimpinan.
Tarikh : bermula 17 Disember 2022 (2 kali/bulan)
Masa : 9.00 pagi – 1.30 petang
Tempat : Wisma Ta’dib
Pensyarah : Dr. Roslan Abd Jelani
Yuran : RM 180 untuk keseluruhan 6 sesi dan RM 40 untuk satu sesi.
Untuk pendaftaran: https://tinyurl.com/kepimpinanadabi
Terhad kepada 30 peserta sahaja