Majlis Penerangan Inisiatif Penubuhan Institut Ta'dib 28 Mei 2022

Forum Pengenalan kepada Projek Penubuhan Institut Ta’dib
19 April 2022 | 17 Ramadan 1443H

Penerangan Inisiatif Penubuhan Institut Ta'dib
28 Mei 2022 | 27 Shawwal 1443H (Sabtu)
8.15 - 9.30 malam (Malaysia, Singapura)
7.15 - 8.30 malam (Indonesia)
2.15 - 3.30 malam (Mesir)

Aturcara Program:
-------------

1) Ucaptama "Cabaran Semasa Pendidikan Tinggi dan Pendidikan Sepanjang Hayat" oleh Ybhg. Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud;
2) Ucapan wakil Inisiatif Penubuhan Institut Ta'dib oleh Tn Haji Kamarudin Abu Bakar; dan
3) Pengoperasian Institut Ta'dib oleh En. Muhammad Syukri Rosli.

Ringkasan Program:
------------------

“Universiti Islam” menurut Prof. al-Attas ialah cerminan diri insan yang kamil, berbeza dengan kebanyakan institusi moden yang kewujudannya bercerminkan negara-bangsa, perundangan dan birokrasi semata-mata.

Sebagai “cerminan diri insan”, institusi pendidikan tinggi Islam bersifat dengan sifat insan. Al-Insan sebagai “al-ḥayawān al-nāṭiq” terdiri daripada dua aspek bersekali iaitu jasmani-rohani, lebih tepat lagi sifat hayawani-‘aqli.

Namun kedua-dua sifat ini tidak setaraf.

Diri ‘aqali adalah lebih asas, lebih tinggi dan utama berbanding diri hayawani. Diri aqali adalah penentu dan pemandu kepada diri hayawani, bukan sebaliknya. Begitulah juga halnya dengan institusi pendidikan tinggi Islam.

Aspek idea dan kerangka falsafahnya perlu ada jelas terlebih dahulu sebelum ia dapat menentukan dan memandu struktur pengurusan dan prasarana fizikalnya.

Oleh itu, kewujudan Institut Ta’dib sebagai Institusi Pendidikan Tinggi Islam bergantung kepada keadaan diri insan itu sendiri khasnya para ‘ilmuwan dan penuntut ‘ilmu meskipun aspek birokrasi, perundangan, dan kewangan tetap menjadi satu keperluan.

Selama lebih sedekad lamanya Yayasan Ta’dib (Ta’dib International Foundation) dengan kerjasama badan-badan seangkatannya menganjurkan pelbagai program ‘ilmiyyah, projek penyelidikan dan penerbitan.

Yayasan Ta’dib meneruskan misi yang dicetuskan oleh Prof. al-Attas menerusi institusi yang dipimpinnya sebelum itu dan para ‘ilmuwan yang berganding bahu bersama-samanya dalam satu kerangka pandangan alam Islam yang jelas.

Masanya sudah tiba untuk kita mengorak langkah ke arah penubuhan institusi yang sempurna sifat ‘aqli dan jasmaninya yang dapat berfungsi sebagai satu entiti yang sah dan dimiliki oleh masyarakat.

Ikuti penerangan kepada Inisiatif Penubuhan Institut Ta'dib yang bakal disampaikan oleh panel jemputan dan para penggeraknya. Ketahui bagaimanakah Institut Ta’dib ini bakal dibentuk, apakah kandungan utama mata kuliah, siapakah kekuatan barisan sarjana, dari manakah tradisi dan pengalaman serta apakah jaringan ekosistem sokongannya. Ketahui juga bagaimana anda boleh terlibat bersama-sama menyumbang kepada penubuhan sebuah institusi pengajian tinggi mandiri dan lestari ini.

0 Cart
0 Add all flipped products to cart Flipped