Gagasan Etika Global Hans Küng
Menurut Perspektif Islam

Mohd Khairul Naim Che Nordin

Publisher: Pertubuhan Pendidikan Futuwwah
ISBN: 9789671663738
Year: 2022
Language: Bahasa Melayu
Pages: 460
Weight: 740g

Perbahasan Berkenaan persamaan dan perkongsian nilai antara agama dikenal pasti mula mendapat perhatian perlbagai pihak pada akhir abad ke-20 dengan termeterainya Deklarasi ke arah suatu Etika Global. Ia dibentangkan dalam persidangan Parlimen Agama-Agama Dunia pada tahun 1993 hasil usaha Hans Küng, seorang tokoh teologi dan pendukung dialog antara-agama yang berperanan merangka draf deklarasi ini dan mempopularkannya kepada umum. Sejajar dengan perkembangan globalisasi, wacana berkenaannya mula mendapat tempat dalam dialog antara agama serta menjadi subjek perbahasan dalam persidangan antara peradaban membabitkan pelbagai badan dunia dan institusi antarabangsa.


Buku ini meneliti teras yang mendasari gagasan etika global, mencermati latar pemikiran Hans Küng sebagai tokoh yang mempelopori serta mengembangkan gagasan ini seterusnya menghuraikan perspektif Islam terhadap gagasan ini dengan melakukan perbandingan antara pandangan Islam dengan pandangan Küng dengan penelitian secara khusus kepada beberapa teras utamanya.

0 Cart
0 Add all flipped products to cart Flipped